Infobiz.co.id

Infobiz.co.id Situs Berita Seputar Teknologi Terbaru, Informasi Games Terupdate, Keamanan Digital, Aplikasi Dan Cyber Attack Reporting.

 Pengertian Awan

 Pengertian Awan

Awan ialah gumpalan uap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

2.2  Pembentukkan Awan

Udara selalu mengandung uap air. Apabila uap air ini meluap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Peluapan ini boleh berlaku dengan dua cara:

Apabila udara panas, lebih banyak uap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, uap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.

Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan uap air.

Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan menguap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti menguap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

2.3  Jenis-Jenis Awan

Awan tidak sama jenisnya dan selalu pula berubah bentuk.terdapat bermacam-macam jenis awan kerana pembentukan awan terjadi pada paras tinggi yang berbeda dan suhu yang juga berbeda. Awan-awan ini terdiri daripada kumin-kumin yang berbeda, bergantung kepada ketinggian dan suhunya.

Awan dijeniskan mengikut bentuk, tinggi dan rupanya. Ada empat kumpulan yang utama yaitu awan rendah, awan sederhana tinggi, awan tinggi dan awan yang tinggi ke atas.

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:

Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus.

Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.

Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

  1. Awan rendah terletak kurang daripada 3 000 meter dari muka bumi.
  2. Awan Stratokumulus

Kelihatan kasar

  1. Awan Nimbostratus

Gelap dan mempunyai lapisan-lapisan jelas dan dikenali juga sebagai awan hujan

  1. Awan Stratus

sangat rendah, tebal dan berwarna kelabu. Awan ini kelihatan seperti lelangit rendah atau kabus di tanah.

  1. Awan sederhana tinggi letaknya antara 3 000 hingga 6 000 meter dari muka bumi
  2. Awan Altokumulus

berkepul-kepul, tidak rata dan berlapis. Selalunya awan itu menbayangkan keadaan cuaca yang baik.

  1. Awan Altostratus

Lebih padat, berwarna kelabu dan kelihatan seperti air. Awan ini berjurai-jurai.

  1. Awan tinggi
  2. Awan Sirus

Kelihatan seperti kapas nipis dan awan ini menunjukkan cuaca agak cerah.

  1. Awan Sirokumulus

Kelihatan seperti sisik ikan.

  1. Awan Sirostratus

Pula ialah awan putih yang nipis seperti tirai

  1. Awan yang tinggi ke atas letaknya kira-kira 6 000 hingga 9 000 meter dari muka bumi.
  2. Awan Kumulus

terbentuk kelompok-kelompok bulat

  1. Awan Kumulonimbus

Berbentuk kelompok-kelompok besar. Kelompok-kelompok yang berwarna putih dan hitam ini mempunyai bentuk dan rupa yang beranekaragam. Awan membawa hujan yang disertsi dengan kilat dan petir.

Sumber :

https://desaingrafis.co.id/seva-mobil-bekas/

 

infobiz

Kembali ke atas